Seniman tuntut tiga perkara – Hafiz Nafiah

SENIMAN memandang serius berkaitan isu yang di hadapi oleh ahli Seniman iaitu Puan Ellie Suriaty Omar yang dipersendakan oleh seorang pempengaruh media sosial Imran Bard dalam video beliau di platform media sosial TikTok baru-baru ini.
Seniman tidak hanya berdiam diri malah pihak Seniman menjalankan kajian serta mendapatkan nasihat beberapa pihak tertentu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan terkait isu tersebut.
Sebagai sebuah pertubuhan yang melindungi ahli-ahli yang bernaung dibawah Seniman, Seniman memandang isu ini sebagai satu isu yang amat dukacita dan ia berlaku tanpa kawalan yang sewajarnya.
Malah Seniman amat bersimpati dengan Puan Ellie Suriaty atas kejadian yang berlaku dan mengesa pihak berkuasa untuk tidak berkrompromi dalam hal-hal sedemikian.
3 perkara yang di tuntut oleh Seniman
- Seniman mengesa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk segera menurunkan konten yang dikaitkan dengan Puan Ellie Suriaty.
- Mohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat pelaku atas konten yang dihasilkan.
- Mengesa satu permohonan maaf secara terbuka dihadapan Puan Ellie Suriaty oleh pelaku tersebut dalam kadar segera dan disiarkan di media.
Walaubagaimana pun, Seniman berharap agar Puan Ellie Suriaty dapat membuat satu laporan Polis dan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia agar perkara ini boleh disiasat dan diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa. Sekiranya ada laporan dibuat kepada pihak berkuasa maka kertas siasatan boleh dibuka dan tindakan boleh diambil.
Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu diberikan pengajaran kepada semua pemain media sosial agar perkara sama tidak berulang lagi dimasa hadapan.
Jika tiada sebarang tindakan dikenakan, mungkin perkara sama akan berulang dan sekaligus boleh mencemarkan imej industri kreatif itu sendiri.
Sekali lagi Seniman mengingatkan kepada mana-mana pihak termasuk pemain media sosial agar lebih berhati-hati dalam mengejar populariti di media sosial dengan menggunakan nama-nama ahli kami sebagai konten untuk meraih perhatian netizen.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, gunakan platform media sosial dengan berhemah dan mematuhi segala aspek undang-undang tanpa melakukan kesalahan yang boleh memakan diri.

