APA KHABAR RAKYAT

5,584 lubang di jalan persekutuan ditampal dalam tempoh 24 jam sejak Januari – Ahmad Maslan

0

Sebanyak 5,584 lubang di jalan persekutuan semenanjung Malaysia telah ditampal dalam masa 24 jam selepas dilaporkan bagi tempoh Januari sehingga November 2023.

Ini menjadikan pencapaian Program Aku Janji Sifar Lubang (Zero Potholes) bersama syarikat konsesi pembaikan jalan yang terlibat adalah 100 peratus.

Jelas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan komitmen itu dijayakan dengan kerjasama syarikat seperti Roadcare yang menyelenggara laluan Persekutuan di Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Roadcare adalah adalah syarikat yg mendapat konsesi membaiki jalan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang, menerusi perjanjian itu mereka hendaklah melakukan rutin mandatori dua kali seminggu dan mereka dikehendaki melakukan rondaan di seluruh jalan persekutuan.

“Seterusnya mereka hendaklah melapor pemeriksaan serta pembaikan yang diselia menerusi beberapa ujian untuk memastikan apa yang dibaiki itu adalah memenuhi spesifikasi,”katanya.

Tambahnya, sebarang aduan mengenai kerosakan jalan boleh diadukan menerusi aplikasi MyJalan.

Jawapan bagi menjawab soalan senator Manolan Mohamad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *