APA KHABAR RAKYAT

Aduan internet oleh 16 Ahli Parlimen akan diambil tindakan – Fahmi

0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima kesemua 116 aduan mengenai isu internet daripada 16 Ahli Parlimen akan segera diambil tindakan oleh pembekal perkhidmatan dan dipantau oleh pejabat MCMC negeri.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzli melalui satu hantarannya di Facebook berkata aduan berkenaan telah diterima sepanjang tiga hari sejak 23 Oktober lepas, ketika MCMC membuka pusat aduan internet di bangunan Parlimen.

111 Ahli Parlimen bertindak untuk melawat dan memeriksa kelajuan internet di kawasan masing-masing.

“Saya merakamkan penghargaan buat kesemua Ahli Parlimen yang memberi kerjasama penuh dengan kementerian dalam memastikan perkhidmatan Internet yang lebih berkualiti.

“Insya-Allah kerjasama dengan kesemua Ahli Parlimen akan diteruskan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Internet di Malaysia,” kata Fahmi.

Menurut infografik yang dimuat naik sekali dalam hantaran Facebooknya, Kawasan Hulu Selangor melaporkan aduan tertinggi sebanyak 68, diikut oleh Bangi (16) dan Kota Melaka (9).

Selain itu, kawasan Kimanis, Pulai dan Rantau Panjang juga dilaporkan membuat aduan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *