APA KHABAR RAKYAT

“Anwar Triumphs” abadikan liku-liku politik Anwar Ibrahim

0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan buku bertajuk “Anwar Triumphs” yang ditulis oleh peguam jenayah Australia terkemuka Mark Trowell KC.

Buku yang menceritakan perjalanan luar biasa Perdana Menteri itu mengimbau kembali detik-detik kemenangan Anwar dalam kemelut persaingan yang berlarutan, pengkhianatan politik, di samping inisiatif-inisiatif berani beliau untuk mengukuhkan negara.

Anwar (kanan) bersama isteri Wan Azizah (tengah) dan Trowel (kiri) semasa pelancaran buku “Anwar Triumphs” di Kuala Lumpur Foto: Bernama

Kemuncak naratifnya adalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) penuh bersejarah yang menyaksikan berlakunya keadaan ‘parlimen tergantung’ dan seterusnya pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Trowell dalam ucapannya di majlis itu berkata buku yang dihasilkan itu bukan hanya bertujuan menceritakan kisah kejayaan Anwar menjadi Perdana Menteri semata-mata, tapi juga untuk memberi gambaran perjalanan penuh ‘gerakan reformasi’.

“Kepentingan buku ini ialah ia merekodkan catatan sejarah mengenai apa yang sebenarnya berlaku – ‘ia bersifat kontemporari’ dan bukannya sesuatu yang ditulis selepas bertahun-tahun kemudian apabila memori kian bertambah kabur dan peristiwa semakin dilupakan.

“Ia (buku) bertujuan memberi kefahaman bagaimana ‘gerakan reformasi’ dipenuhi, yakni perjuangan bertahun-tahun lamanya bagi mencabar kerajaan autoritarian yang telah berkuasa selama lebih 50 tahun. Kisah ini perlu diceritakan dan dikemas kini,” katanya.

Turut hadir di majlis pelancaran buku itu ialah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Buku ini boleh didapati di semua kedai buku utama di seluruh negara.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *