APA KHABAR RAKYAT

Anwar, Wan Azizah tunai umrah di tanah suci

0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah hari ini, selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.

Menerusi hantaran di akaun Facebook beliau, Anwar memaklumkan beliau turut menitipkan doa memohon Allah SWT mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin.

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh tantangan dan kezaliman,” menurut hantaran itu.

Anwar memaklumkan ibadah itu turut dilaksanakan bersama delegasi Malaysia sebelum berangkat ke Amerika Syarikat, bagi menyertai Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri tiba di Riyadh tengah hari semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.

Pemimpin dan delegasi daripada negara anggota OIC berkumpul pada sidang kemuncak itu yang dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *