APA KHABAR RAKYAT

Bukan senang siasat orang kenamaan dan kaya raya termasuk yang bergelar Tun – PM Anwar

0

Kerajaan akan terus mencari kebenaran dalam siasatan kecurian dana negara untuk rakyat, meskipun perlu berhadapan dengan kritikan hebat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan terhadap golongan kaya dan kenamaan, khususnya mereka yang bergelar Tun tidak semudah yang disangka tanpa sokongan rakyat.

“Kami akan kejar penyangak itu, saya tidak peduli …bila kita nak ambil tindakan (ke atas golongan tersebut) rakyat marah, Perdana Menteri ini kasar sangat. Bagi saya aneh, sepatutnya kamu sokong. Bukan senang tahu, mahu siasat Tun,Tun.

“Kita tingkatkan usaha kita, ia tidak mudah kerana hutang (negara) banyak (tetapi) ada yang curi, curi, curi duit rakyat.

“Kita mahu ambil tindakan dan ada yang marah-marah. (Mereka) curi sana curi sini dan tidak diambil tindakan.

“Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu sekolah lagi senang, saya mahu siasat orang kaya yang besar-besar curi duit ingat senang ke? Tak senang. Kita mahu jaga negara ini, jangan bagi orang curi harta rakyat,” katanya tanpa merujuk kepada nama sesiapa secara spesifik.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Pesta Ponggal yang diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Klang, di sini pada malam Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.-Berita RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *