Harga ubat di klinik swasta, kerajaan laksana semakan semula – Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Kerajaan akan semak semula Jadual 7 di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Akta 586).
Ini bagi memastikan ketelusan dalam paparan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta mulai 1 Mei ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata satu Memorandum Jemaah Menteri berkaitan perkara itu akan dibentangkan pada April depan.
“Saya menjangkakan mendapat sokongan padu daripada klinik pada 1 Mei nanti, untuk kita sama-sama melaksanakan paparan harga ubat.
Ini sebagai satu kaedah yang mengizinkan rakyat dan pesakit mendapat informasi atau maklumat dalam membuat rawatan,” kata Dr. Dzulkefly di Parlimen, hari ini.
Katanya, ia seiring dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan akses kepada rawatan berkualiti pada harga yang berpatutan di sektor kesihatan swasta.-Berita RTM
✅
KPM pastikan sesi persekolah 2026 bermula Januari – Fadhlina
KUCHING, 13 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) giat membuat persiapan bagi memastikan sesi persekolahan 2026 dapat dimulakan pada Januari tahun hadapan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata langkah utama termasuk memastikan tempoh persekolahan mematuhi Akta Pendidikan dengan 190 hari persekolahan setahun.
“SPM juga akan bermula sedikit awal, tetapi persiapannya akan selesai sebelum Krismas.
Kami juga mengambil kira semua cuti serta komitmen KPM bagi memastikan sesi persekolahan 2026 dapat dimulakan pada Januari,” katanya.
Beliauberkata, persediaan yang dibuat telah mencapai tahap yang membolehkan sesi persekolahan dibuka seperti dirancang.
Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak di sini, hari ini.-Berita RTM