APA KHABAR RAKYAT

JENESYS bantu rapatkan jurang budaya di rantau ini – Anwar

0

Malaysia menghargai inisiatif Jepun seperti Rangkaian Pertukaran Pelajar dan Belia Jepun-Asia Timur (JENESYS) yang membantu merapatkan jurang budaya dan memupuk identiti bersama dalam menyatukan rakyat di rantau ini.

Menerusi Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia ia dapat memperluas dan memperdalam kolaborasi ASEAN, lebih-lebih lagi memperkasakan rakyat supaya berdaya tahan dan lebih mampu menangani cabaran masa depan.

“Saya tekankan, adalah sesuatu yang penting untuk program JENESYS kembali kepada format asal bersemukanya, untuk interaksi bermakna dalam kalangan pelajar dan belia kita.

“Saya turut menyentuh keperluan untuk menggalakkan inisiatif di dalam empat bidang iaitu kesihatan awam, pengawalan iklim, pengurusan bencana dan pertukaran rakyat dengan rakyat,” kata Anwar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *