APA KHABAR RAKYAT

Satu bangunan parkir bertingkat akan dibina di Pekan Lama Ipoh bertujuan menyelesaikan masalah parkir dan kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan tumpuan pelancong.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam masa terdekat.

Jelasnya, sebanyak RM13 juta diperuntukkan bagi pembinaan parkir bertingkat tersebut.

Menurut Kor Ming,perancangan bagi pembinaan bangunan tersebut berada pada fasa akhir untuk dimuktamadkan dari segi rekaan dan seni bina.

“Ia akan menawarkan hampir 400 tempat letak kereta baru dan merupakan peningkatan sebanyak 100 peratus.

“Maka selepas tempat letak kereta bertingkat itu siap pekan lama Ipoh akan mempunyai jumlah parking hampir 800 parkir.

Melalui pembinaan parkir bertingkat, ia mampu menyelesaikan masalah parkir.

Ini akan mendorong kepada pembangunan industri pelancongan di sini”, kata Kor Ming yang ditemui selepas merasmikan peta ‘Rediscover Ipoh Oldtown’ di Jalan Market, yang turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jenny Choi Tsi Jen.

Tambahnya lagi, lokasi projek juga telah dikenalpasti dan pembinaan parkir itu akan dibuat mengikut suasana dan seni Pekan Lama Ipoh.-Berita RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *