APA KHABAR RAKYAT

MRT3: MRT Corp mulakan proses pengambilan tanah secara berperingkat mulai 2024 – Anthony Loke

0

MRT Corp akan memulakan proses pengambilan tanah secara berperingkat mulai tahun hadapan untuk projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang bakal mengambil tempoh dua tahun untuk dimuktamadkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi memulakan proses pengambilan tanah jajaran Projek MRT3.

Justeru katanya, MRT Corp akan bekerjasama secara aktif dengan pemaju hartanah bagi meminimumkan kos pengambilan tanah kepada kerajaan.

“Strategi integratif ini juga direka bentuk untuk mewujudkan pengalaman hidup yang harmoni untuk komuniti, di mana infrastruktur dan pembangunan bekerjasama sepanjang keseluruhan proses pembinaan.

“Proses reka bentuk holistik boleh digabungkan untuk manfaat penumpang seperti laluan pejalan kaki yang dipertingkatkan, termasuk kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ini adalah selaras dengan prinsip rangka kerja Kerajaan Madani yang memberi tumpuan kepada pembangunan mampan dan inklusif untuk rakyat,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corp dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), di sini, Loke berkata proses pengambilalihan dijangka membabitkan sejumlah 1,012 lot meliputi tanah persendirian (842 lot), tanah kerajaan (133) dan tanah tidak diketahui (37).-Berita RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *