Peruntukan bernilai RM 2.59 billion bagi projek bina semula sekolah daif di Sarawak. – Lim Hui Ying
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan 375 projek pembinaan semula bangunan sekolah yang daif berskala enam dan tujuh bagi Sarawak bagi durasi tahun 2016 hingga 2023.
Melalui timbalannya, Lim Hui Ying mengulas mengenai projek tersebut yang melibatkan kos yang bernilai sebanyak RM 2.59 billion.
Tambah beliau, sehingga 26 Oktober 2023, terdapat 235 projek telah siap dibina, 43 projek dalam fasa pembinaan serta 97 projek yang berada di peringkat prabina.
“Selain daripada itu, KPM turut menyediakan peruntukan penyelenggaraan bagi institusi pendidikan di Sarawak.
Beliau juga menambah kenyataan mengenai KPM telah menyalur peruntukan bernilai RM 143.32 juta kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sehingga 26 Oktober 2023.
“Ia adalah bagi pelaksanaan kerja penyelenggaraan yang merangkumi penyelenggaraan struktur dan bukan struktur bangunan, pembaikan bumbung, pendawaian elektrik, sistem kumbahan, pagar, longkang dan lain-lain penyelenggaraan kecil,” katanya.
Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) di Dewan Rakyat hari ini mengenai status projek pemulihan dan naik taraf sekolah daif di Sarawak. – MP