APA KHABAR RAKYAT

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan jam 1 tengah hari tadi untuk meninjau situasi banjir di negeri ini.

Perdana Menteri dijadual melawat tiga lokasi iaitu Jambatan Lubok Jong sebelum ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang, Repek.

Foto: FB MB Kelantan

Perdana Menteri kemudian akan melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati sebelum bertolak pulang.

PPS SMKA Lati menempatkan 708 mangsa membabitkan 222 keluarga manakala PPS SK Sri Kiambang menempatkan 629 orang membabitkan 197 keluarga.

Hingga jam 12.30 tengah hari tadi, seramai 21,414 mangsa banjir di Kelantan membabitkan 6,491 keluarga yang ditempatkan di 58 PPS.-BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *