APA KHABAR RAKYAT

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara.

Beliau berharap agar sambutan menjadi momentum sentiasa mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.

“Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun,” kata Anwar menerusi hantaran di facabooknya.

Katanya, kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun daripada segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar.

“Semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia,” katanya lagi.-Berita RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *