APA KHABAR RAKYAT

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat GWU di Abu Dhabi

0

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengunjungi ibu pejabat General Women’s Union (GWU di sini, hari ini, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Ketibaan Tunku Azizah disambut Setiausaha Agung GWU, Al Reem Abdullah Al Falasi.

Baginda turut diraikan dalam satu majlis sempena sambutan Hari Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kali ke-52 anjuran GWU.

Sempen kunjungan itu, Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa bertemu dengan ahli Majlis Penasihat Kanak-Kanak dan Pejabat Ketua Setiausaha Majlis Tertinggi Ibu dan Kanak-Kanak, serta beberapa duta belia UNICEF yang menghadiri Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) .

Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa melawat bangunan kesatuan dan taman asuhan selain turut menyertai upacara menanam pokok sempena dengan kunjungan itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah berada di sini untuk lawatan khas hingga esok.

Lawatan khas itu bersempena dengan COP28 yang berlangsung dari 30 November hingga 12 Disember.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *