APA KHABAR RAKYAT

Setiausaha politik PM ziarah seniman Sheqal, sampaikan sumbangan

0

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada penyanyi Shahrin Salehuddin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, yang popular pada era 90-an dengan lagu Cinta Nusantara namun kini berkerusi roda selepas diserang strok sebanyak empat kali.

Sumbangan bagi membantu urusan harian dan perubatan seniman berusia 58 tahun itu disampaikan oleh setiausaha politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang berkesempatan menziarahi penyanyi berkenaan di rumahnya.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah,” menurut Anwar dalam catatan di laman Facebook.

Perdana Menteri turut berkongsi gambar Ahmad Farhan menziarahi Sheqal.

Penyanyi itu sebelum ini dilapor dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban I dan kini berehat di rumah. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *