APA KHABAR RAKYAT

Membantu negara mencapai sifar rasuah serta mengurangkan ketirisan dana awam adalah di antara fokus serta tekad Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun hadapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata tekad itu bagi memastikan SPRM terus kekal relevan dan efektif dalam gerak kerja yang dilakukan.

“Buat warga SPRM ingatlah saban tahun kita bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran krisis dan tuntutan kerja baharu, semua ini menuntut perubahan dalam cara bekerja berfikir dan bertindak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video perutusan Tahun Baharu 2024 yang disiarkan menerusi Facebook SPRM hari ini.

Azam turut menggesa seluruh warga SPRM untuk berusaha meningkatkan integriti, kemahiran serta pengetahuan bagi mencapai visi dan misi SPRM.

Tegasnya, setiap warga SPRM perlu berani berubah, menerokai bidang baharu dan menghindari kesilapan semasa menjalankan tugas.-BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *