APA KHABAR RAKYAT

Sultan Johor titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Januari

0

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Januari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini, baginda bertitah tidak menerima permohonan menghadap melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta kerajaan negeri.

“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk menghadap.

Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah baginda kepada Royal Press Office.

Sultan Ibrahim akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Januari ini untuk tempoh lima tahun.-Berita RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *