Ulasan: Konvesyen serlah rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan
Konvensyen Kerajaan Perpaduan peringkat negeri Perak baru-baru telah berlangsung dengan jayanya dan boleh dikira mencapai matlamat yang disasarkan.
Bukan saja isu mengukuhkan lagi perpaduan menjadi tema utama perbincangan sepanjang konvenseyen, bahkan ucapan empat pemimpin utama di majlis penutup jelas memperlihatkan bukan sahaja perpaduan itu mesti diperkukuhkan, bahkan kewujudan Kerajaan Perpaduan itu sendiri mesti dikekalkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata, berkata perpaduan yang semakin kukuh kini, adalah tidak dinafikan Kerajaan Perpaduan semakin diterima rakyat di seluruh negara.
Ia malah, tambahnya, turut mendapat dukungan yang padu daripada Sabah dan juga Sarawak.
Serentak itu, beliau yang juga Pengerusi PH mengingatkan agar mereka yang masih cuba mahu menjatuhkan kerajaan agar dapat menerima hakikat bahawa Kerajaan Perpaduan ini akan kekal sehingga habis penggal.
Selain itu, tegasnya, berikutan perpaduan dalam kerajaan yang makin utuh sekarang ini turut menyebabkan Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang sendiri tidak lagi meyakini gabungan mereka.
Dengan itu, Anwar tidak menolak ada beberapa lagi Ahli Parlimen blok pembangkang akan tampil memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN pula berkata, melalui perpaduan yang perlu diselaraskan untuk mencapai matlamat yang sama, apa juga konflik dan perbezaan pendapat dapat diatasi dengan mudah.
Sebab itu, penting agar diwujudkan keserasian dan perpaduan bukan saja di kalangan pucuk pimpinan, tetapi juga hingga ke peringkat akar umbi.
“Keikhlasan dan keserasian mewujudkan perpaduan inilah yang diwujudkan di Perak di mana-mana kedua-dua pimpinan BN dan PH sentiasa bekerjasama mensejahterakan negeri ini.
“Lihat sahaja dapatan ekonomi di Perak yang telah berjaya mengutip hasil negeri sebanyak RM1.21 bilion bagi tahun 2023 dan ini merupakan angka tertinggi dalam sejarah negeri,” jelasnya lagi.
Pengerusi PH Perak, Senator Dr. Mujahid Yusof Rawa menyatakan, setelah Kerajaan Perpaduan terbentuk, apa yang perlu dilakukan ialah menjadikan gelombang perpaduan lebih besar lagi di negara ini.
Katanya, selain perpaduan adalah tuntutan agama, ia juga merupakan lambang kekuatan, sementara perpecahan adalah kelemahan.
“Kesejahteraan dan hubungan kedamaian juga adalah impian setiap manusia dan untuk menuju ke arah itu, ia harus dimulakan dengan perpaduan,” ujarnya.
Pengerusi BN Perak merangkap Menteri Besar Perak, Datok Seri Saarani Mohamad mengingatkan bahawa Kerajaan Perpaduan ini tidak terbentuk dengan mudah.
“Ia terdiri hasil hasil komitmen dan pengorbanan jitu pendukung kedua-dua gabungan iaitu BN dan PH untuk mengenepikan segala perbezaan dan merangkul semua persamaan demi masa depan negara,” katanya.
Untuk itu, tambah beliau, berikutan penerimaan baik daripada rakyat terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, ia mesti dikekalkan dengan sentiasa mengukuhkan lagi perpaduan sesama kita.
Yang nyata, semua yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong sebaik kovensyen berakhir.
Daripada ucapan dan penegasan pimpinan yang memberi pesan, mengukuhkan lagi perpaduan dan mempertahankan kerajaan adalah agenda yang semakin meresap dalam setiap jiwa.
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat