APA KHABAR RAKYAT

Badrul Muhayat meninggal dunia dalam tidur di Pulau Pinang

0

Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia ketika sedang tidur disebuah homestay di Pulau Pinang menurut isteri beliau Norhayati Zulkapli.

Mereka berada di Pulau Pinang atas urusan kerja.

Badrul lahir pada tahun 1968 di Johor Bahru, beliau juga merupakan sepuou kepada pelakon Maria Farida.

Badrul telah melakonkan lebih daripada 10 filem sepanjang hayat beliau antaranya Dendang Remaja 1988, Riang Tirana 1990, Harry Boy 1991, Azizah The Legend 1993, Kad Cinta dan Pesona Cinta 1995 dan yang terbaru adalah filem Cerana Biduk Bu Merah 2023.

Beliau juga telah berlakon puluhan drama dan telemovie sejak terlibat dalam dunia lakonan.

Kami di Apa Khabar Rakyat mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah.

Jenazah masih lagi berada di Pulau Pinang, segala maklumat lanjut akan menyusul kemudian. -AKR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *