APA KHABAR RAKYAT

Bayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bermula hari ini diharap dapat meringankan beban rakyat disebabkan kenaikan harga barang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akur bahawa kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat.

“Hatta, saya berharap peningkatan bayaran yang ketara ini dapat meringankan beban kalian. Kerajaan Madani beriltizam memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah.

“Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi Madani,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, bayaran maksimum STR bagi isi rumah pada tahun ini ditingkatkan lebih daripada 66 peratus kepada RM500 berbanding RM300 tahun lalu.

Justeru, beliau berharap para penerima STR Fasa 1 dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan berkenaan. – Kosmo! Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *