APA KHABAR RAKYAT

‘Cukup-cukuplah pembangkang… jangan buang masa rakyat’ – Zahid Hamidi

0

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pembangkang supaya tidak lagi cuba melakukan sebarang ‘langkah’ bagi menjatuhkan kerajaan, sebaliknya perlu mengambil pengajaran daripada pengalaman bertukar tiga Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri berkata, pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh satu penggal selepas PRU14 memberi kesan bukan saja kepada negara tetapi juga rakyat secara keseluruhan akibat ketidakstabilan politik.

“Saya fikir cukup-cukuplah pihak pembangkang melakukan langkah yang apa nama sekali pun.

Jangan buang masa rakyat… jangan buang masa untuk mengalih perhatian rakyat daripada bersama mendapat nikmat daripada projek serta rancangan yang disusun oleh kerajaan MADANI.

“Dalam tempoh empat tahun ini, kita bersama membina semula negara yang sudah rosak selama satu penggal apabila ada tiga Perdana Menteri yang mengetuai negara dan tidak ada hasil baik untuk rakyat ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini, hari ini.-BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *