APA KHABAR RAKYAT

Jurutera cuba baiki bekalan elektrik Hospital di Gaza ditembak oleh Israel

0

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran lebih ramai pesakit termasuk bayi pramatang akan meninggal dunia apabila pusat perubatan terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa dan Hospital Al-Quds terhenti operasi sepenuhnya.

AlJazeera melaporkan, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan situasi tegang di dua kemudahan itu membahayakan nyawa ramai pesakit.

Katanya, WHO berjaya memulihkan komunikasi dengan profesional kesihatan di Hospital Al-Shifa, namun kemudahan itu tidak lagi berfungsi sebagai hospital.

“Ini akan memberi ancaman kepada lebih ramai pesakit dan bayi pramatang,” katanya.

Seorang pakar bedah yang berada di hospital itu memberitahu AlJazeera, seorang jurutera yang cuba membaiki bekalan elektrik di hospital terbabit ditembak Israel.

Katanya, dia juga menyaksikan sebuah keluarga ditembak dan cedera ketika cuba melarikan diri.

Media melaporkan, ribuan masih terperangkap dalam kemudahan itu yang dikepung tanpa bekalan elekrik, air mahupun makanan.

Sehingga kini, tiada bantuan masuk seperti dijanjikan Israel manakala penembak tepat Israel terus menembak sesiapa sahaja berhampiran Hospital Al-Shifa.

Hamas menafikan pihaknya menolak bantuan 300 liter bahan api dari Israel untuk kegunaan perubatan di Hospital Al-Shifa yang dikepung rejim.-Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *