APA KHABAR RAKYAT

Kerajaan komited perkasa pengetahuan HIV/AIDS terhadap golongan belia

0

Kerajaan akan memperkasa pengetahuan masyarakat khususnya golongan belia terhadap HIV/AIDS, langkah pencegahan dan isu berkaitannya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia berikutan taburan kes tertinggi HIV/AIDS di Malaysia melibatkan golongan muda.

“Untuk situasi HIV/AIDS di Malaysia ini, terdapat keperluan untuk memperluas dan memperhebatkan lagi program pencegahan, kawalan dan rawatan berkaitan penyakit berkenaan.”

“Ia memandangkan taburan kes HIV mengikut umur menunjukkan 74% kes HIV yang dilaporkan adalah golongan muda berumur di antara 20 hingga 39 tahun,” kata Zahid menerusi kenyataan media yang dibacakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil 1/2024 di Putrajaya.

Tambahnya, cadangan lain yang dikemukakan dalam mesyuarat itu adalah mewujudkan rumah perlindungan bagi mengendalikan jagaan susul Orang Dengan HIV/AIDS (ODHA) yang tersisih daripada keluarga dan tiada sokongan serta meningkatkan keterjaminan pekerjaan dan pendidikan untuk ODHA.-Berita RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *