APA KHABAR RAKYAT

KPKM cari mekanisma terbaik tangani isu ‘orang tengah’ – Mohamad Sabu

0

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang mencari mekanisma terbaik bagi mengurangkan jurang harga bekalan makanan seperti hasil laut di pasaran yang dilihat masih lagi tinggi.

Ia berikutan harga jualan hasil laut terutamanya di kawasan Lembah Klang dipengaruhi oleh kos pengangkutan dan monopoli harga oleh orang tengah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, situasi menang-menang perlu diwujudkan bagi memberikan manfaat kepada pengguna dan juga komuniti nelayan di negara ini.

“Terdapat Jurang harga yang begitu ketara. Bila murah di sini (pantai) jangan kita merasa seronok sebab nelayan tidak mendapat harga yang sepatutnya, tiga kilogram (kg) pada harga RM10. Tapi kalau di pasar di Lembah Klang, ikan sekilo RM13.

Di sini saya nampak peranan orang tengah masih kuat”, katanya demikian pada program Santai Madani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Nelayan di Kompleks LKIM, di sini.

Tambahnya, KPKM juga akan berbincang dengan kementerian kewangan untuk membiayai sebahagian kos pengangkutan untuk menurun harga hasil laut.-RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *