APA KHABAR RAKYAT

Negeri sembilan raih kutipan hasil lebih RM500 juta

0

Kerajaan Negeri Sembilan berjaya meraih hasil sebanyak RM541.29 juta atau 120 peratus melebihi sasaran RM450 juta disasarkan bagi tahun 2023.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, hasil bukan cukai antara penyumbang tertinggi bagi kutipan tersebut iaitu sebanyak RM325.01 juta atau 142.57 peratus diikuti dengan terimaan bukan hasil sebanyak RM63.94 juta atau 102.8 peratus manakala hasil cukai mencatatkan sebanyak RM152.33 juta atau 95.31 peratus.

Aminuddin berkata ia merupakan kejayaan tahun kedua berturut-turut dan membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited dalam meningkatkan pendapatan hasil.

“Hasil negeri telah dapat kita kutip dengan baik dan itu yang meningkatkan pendapatan kita.

“Bagi belanjawan 2023 dahulu dianggarkan defisit sebanyak RM108.96 juta, namun dengan kesungguhan dan gerak kerja yang cemerlang kerajaan negeri telah berjaya mengubah belanjawan defisit itu. Alhamdulillah,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini.

Kerajaan Negeri Sembilan turut berjaya melaksanakan sebahagian besar inisiatif Belanjawan 2023 yang terus memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri turut menyasarkan kutipan hasil bagi tahun 2024 sebanyak RM520 juta serta melaksanakan pelbagai program dan projek bawah sembilan Teras Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024 pada Disember lalu.-Berita RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *