APA KHABAR RAKYAT

130 stesen pemancar komunikasi terjejas akibat banjir – Fahmi

0

Sebanyak 130 stesen pemancar komunikasi terjejas akibat banjir melibatkan lima buah negeri iaitu Kelantan, Pahang, Selangor, Terengganu dan Sabah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata daripada jumlah itu, sebanyak 53 stesen sudah beroperasi semula manakala baki 77 stesen lagi sedang dibaik pulih.

Fahmi berkata pihaknya telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk memastikan agar semua pusat pemindahan sementera (PPS) di lima negeri itu menerima capaian jaringan komunikasi.

“Saya harap dalam tempoh sehari dua jumlah yang terkesan ini akan berkurangan dan kawasan-kawasan yang terkesan ini kita akan kaji sama ada dia adalah kawasan yang berulang daripada segi kerosakan kepada menara telekomunikasi ataupun kawasan-kawasan baharu, sekiranya belum pernah dilakukan ‘side hardening’, maka saya akan mengarahkan supaya disegerakan,” kata Fahmi kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Dalam pada itu, Fahmi berkata sebanyak 25 pusat ekonomi digital turut terkesan akibat banjir.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 18 pusat telah dibuka semula.-Berita RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *